Sunday 31 December 2017

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, d'Batu Gajah Homestay telah pun beroperasi selama hampir 3 tahun. Dalam tempoh ini pelbagai penambahbaikan telah dibuat bagi menjamin keselesaan pengunjung yang menginap di homestay kami..Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan,pujian dan komen daripada pengunjung.Kami juga tidak putus-putus mendapat sewaan daripada mereka yang ingin bermalam di homestay kami...

Walaupun kini kita berada di tahun baru 2018 kami masih lagi mengekalkan harga penginapan serendah RM180 semalam.

d'Batu Gajah Homestay merupakan sebuah rumah satu tingkat setengah yang terletak di Taman Seri Wangsa II Batu Gajah bersebelahan dengan Taman Saujana. Mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air serta 2 aircond dan kipas di setiap bilik. Mempunyai kelengkapan rumah yang selesa seperti berada di rumah sendiri. Bagi penyewa yang ingin memasak dan mencuci pakaian kami juga menyediakan dapur gas,periuk nasi,cerek air,kuali, serta mesin basuh auto. Gambar -gambar boleh dilihat di dalam blog ini.

Kepada pengunjung yang ingin menginap diharap dapat membuat tempahan awal.
Boleh menghubungi kami di  talian 012-5809956(Mie) atau  012-4613812(Fara). 
In Sya 'Allah Kami sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan keselesaan kepada pengunjung-pengunjung kami. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

2 BUAH HOMESTAY DI BATU GAJAH, PERAK

Rumah Atas : Rumah End Lot 1 Setengah Tingkat @ Taman Sri Wangsa                               -4 bilik tidur, 3 tandas dan 3 aircond-      ...